Saturday, April 24, 2010

rest in peace nurul huda

nurul huda, student of methodist girl school had passed away. al fatihah.
hurm dulu, masa aku form3 kot. huda form2, dia pernah suka kat aku. tapi aku tak layan. aku memang tak suka berpetsis petsis ni. tak minat. tapi adalah msg satu dua. lepas hari sukan aku perform, mlm tu dia ada text aku.


huda : kak tira, kak tira comel lah td
aku : oh yeke? thanks. *sampai situ je msg kitorang

bila dia msg tanya aku tengah buat apa, aku tak reply. memang aku mcm sombong sikit sbb aku mls nak lyn. tapi sekarang aku rasa serba salah. aku dah lama petsis dgn anis amanina. anis pula petsis dgn dia tak bgtahu aku. aku pun marah juga lah. aku tak kisah kalau dorg nak petsis tapi atleast bg lah tahu aku. aku bukan nya tunggul. then huda dpt tahu aku dah marah. dia hantar msg mcmni

huda : kaktira, kaktira marah ke pasal huda dgn anis? sorry lah. huda takut akak marah
aku : buat apa nak marah?
huda :yelah, sbb petsis dgn anis.

tapi aku tak reply msg tu. kalau huda masih hidup lg, aku nak sgt jumpa cakap dgn dia. kaktira tak marah pun kat huda, akk tak kisah kalau huda nak petsis dgn anis,akak mmg tak kisah. tapi dah terlambat. dia dah takda dah pun. sumpah atas nama allah, lepas aku dapat tahu yang huda dah takde, msg yang dia ckp aku comel tu, terngiang ngiang kat telinga aku. walaupun dia pernah suka aku, aku tak pernah bercakap dgn dia. bertentang mata pun susah.

hari rabu 21 april. aku nampak huda. huda jalan depan aku. tapi aku buat bodoh je la. takkan nak tegur kot. hari khamis 22 april, aku tak dtg sekolah. aku tak sihat. hari jumaat 23 april, aku dtg sekolah. pagi tu hujan. kelam sgt. sayup je, aku masuk kelas, kawan2 semua tgh berkumpul. aku tny kenapa berkumpul ni. dorg ckp huda dah takde. aku tahan sedih tahan menangis.

SUMPAH! aku sedih. aku boleh sedekah kan doa aje. tapi kalau aku dapat tahu umur dia tak panjang, aku nak cakap kat dia aku tak marah dia. tgk! dah tak sempat. angan angan je tinggal. huda tinggal kan semua orang dgn keadaan tragis sekali. tapi dah takdir. dia dah tinggalkan kita...........

No comments:

Post a Comment